Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat
dan kelebihan. Biasanya ia di minum tawar tanpa gula atau dicampur dengan
sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat,
jauh lebih baik untuk kesihatan kita. Antara kelebihannya adalah:
1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan
Berat Badan
Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan.
Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang
tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat
dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan
meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit
Diabetes
Teh Hijau membantu mengawal kadar
glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas
makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah
serta mengelakkan penyimpanan lemak.
3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit
Jantung.
Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat
kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan
tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan
ini, ia akanmengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan
sakit jantung.
4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko
Barah Esofagus
Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko
Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel
sihat yang berdekatan dengannya.
5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol
Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol
jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding
kolestrol jahat dalam badan.
6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer
dan Parkinson
Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan
risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap
seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan
memperbaiki sel otak yang rosak.
7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan
pada Gigi
Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia
antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan
virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang
lain.
8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan
Darah.
Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan
risiko tekanan darah tinggi.
9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan
Perasaan
Theanine adalah sejenis asid amino yang
terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada
peminum teh.
10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.
'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang
kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga
barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari
penularan penyakit berjangkit.
11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan
Kulit
Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan
tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciriantioksidan dan antiradang.
Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan
dari panahan cahaya matahari.