Thursday 17 September 2015

Alhamdulillah Selesai Sudah !!!

Alhamdulillah Dengan Sekali lafaz Aku Sah Menjadi Isterinya dan Dia Sah Menjadi Suami ku...
Akhirnya bertukar juga status kami daripada bujang ke sudah berkahwin hehehe. Selama 28 tahun Aku memegang title cik/miss now change kepada Puan/Mrs ......

Dalam gembira ada sedihnya ..tetapi aku bersyukur kerana sumenya berjalan lancar seperti dirancang , walaupun terlalu banyak dugaan dan masalah yang saya hadapi sepanjang preparation untuk my wedding but i still can do everything ....Alhamdulillah Allah S.W.T mempermudahkan segalanya....Now da Sebulan 10 hari saya bergelar isteri hehehhe.

Ni nak Share pic kitorang sikit....( still teringat photographer yg menipu kami) ....


"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~






Mr Hafizal Hassan & Mrs Aishah Arshad

07/08/215 & 08/08/2015

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

~SEKIAN~




No comments:

LInkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang